Posts
Pencemaran Udara
- Get link
- X
- Other Apps

Apakah maksud pencemaran udara? Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim sarahan atau bahan bilogi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organism hidup lain, atau merosakkan alam sekitar. Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara. Shared by : https://liananadzri.blogspot.com/
Ribut melanda ilp perai
- Get link
- X
- Other Apps

Baru-baru ini satu kejadiaan alam telah terjadi pada negeri utara,iaitu ribut angin yang kencang.di kawasan ilp perai turut terkena tempias tersebut. Antaranya kawasan yang telah terkena ribut ini adalah tapak parking motorsikal untuk pelajar-pelajar meletakkan motorsikal.Dalam 20/30 meter bumbung zink tersebut terkena ribut. Alhamdulillah tiada nyawa yang terkorban kerana kejadiaan tersebut berlaku pada hari cuti.semoga kita dalam lindunganya,kesimpulanya kita mestilah berhati hati tidak kira dalam cuaca baik mahupun buruk. share by : https://firhunter.blogspot.com/
Pengenalan Alam Semula Jadi
- Get link
- X
- Other Apps

Alam semula jadi ( Tulisan Jawi : عالم سمولا جادي) merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi . Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia . Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina". Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanya, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah " ekosistem " telah digu...